Sunday, March 30, 2008

Camera Dan Compact Photo Printer Baru




Ini camera dan photo printer yang aku baru beli hari ini. Sebenarnya aku tidak lah berniat untuk membeli camera yang baru kerana camera sony aku masih boleh di gunakan lagi malah camera yang lama lebih bagus spec nya dari camera yang aku beli ni, cuma kelebihan dia adalah waterproof dan boleh digunakan untuk all weather memandangkan aku sering juga melakukan aktiviti snorkling jika ke pulau so sesuai lah aku bawa menyelam untuk snap gambar dalam air pula. Untuk photo printer aku beli senang untuk aku terus print dari camera atau memory card. Aku memang malas ke kedai untuk mencuci gambar yang banyak aku simpan dalam hardisk notebook, jadi itu adalah salah satu sebab aku ambil keputusan untuk membeli photo printer ini.

Friday, March 28, 2008

MC


Hari ni aku MC pening kepala mungkin keletihan yang amat sangat agaknya, semalam aku, hubby dan geng bermain badminton sehingga 11.oo mlm dah la tu dalam dewan tu aircond tak kuat sangat. Ini kali pertama aku MC semenjak aku berpindah ke tempat kerja yang baru ni, setelah empat bulan la kalau dikirakan. Setelah berbagai ragam yang ditempohi selama empat bulan berkerja di tempat baru aku rasa banyak benda dan perkara perlu aku belajar dan perbaharui tak tau la boleh ke tidak, aku berharap sangat semuanya berjalan lancar semoga aku dapat mencari rezeki yang halal sperti yang dirancangkan amin...

Tuesday, March 25, 2008

Kawan Lama

hanya gambar hiasan

hanya gambar hiasan

hanya gambar hiasan
Ok hari ini aku nak cerita tentang kisah hubungan 3 sahabat yang kekal hingga kini walaupun masing - masing sudah berkeluarga. Yang seorang berwajah kecinaan tapi berperwatakan lembut bersifat keibuan yang amat tinggi, baik lembut hati dan cukup amat mengalah di kalangan 3 orang sahabat, dia lah yang menjadi pelerai antara 3 sahabat ni. Yang seorang lagi baik juga penakut pon dia juga, bersifat keanakan manja la juga, pandai melukis, jiwang dan macam-macam lagi...seorang lagi aku la tapi aku tak boleh la komen diri aku biar la dia orang berdua yang komen tentang aku. Kami digelar 3M..iaitu Mazni, Maini dan Mazlinda...untuk mereka berdua terima kasih kerana sudi jadi kawan aku selama 13 tahun..kenangan dengan korang berdua tak boleh dilupakan...Thank you my friends...
" Friendship is a network that needs no recharge,
no roaming, no activation,
no signal problem,
just make sure you dont switch off your heart."
hanya gambar hiasan

Monday, March 17, 2008

Triffle

dari pandangan hadapan


dari pandangan atas

Ok ni Triffle yang pertama kali aku buat kemarin, dengan tekun aku belajar dari pada buku resepi. Boleh dikatakan senang la juga buat Triffle tapi mungkin ini pertama kali aku buat slow sikit la..apa-apa pon dapat pujian dari hubby dan family.

Friday, March 14, 2008

Ahkirnya....




Semalam comfirm aku dan hubby akan ke GOLD COAST pada hujung bulan April ni hingga awal bulan Mei iaitu aku akan bertolak pada 28/4/08 malam sehingga 4/5/08. Ceritanya begini hajat aku hendak ke Hongkong pada 20/03/08 sebenarnya tapi aku surf la laman web airasia tengok-tengok ada promotion untuk ke GOLD COAST hanya RM0.00 jadi aku ambil la peluang untuk menempah dengan seberapa segera.Dengan hanya RM1800 aku dapat tiket untuk 2 orang, aku hanya akan menempah hotel dan aktiviti sahaja selepas ini. Akhirnya aku dapat juga cari destinasi untuk aku bercuti untuk tahun ini....GOLD COAST tungguuuuu aku datang insyallah...doakan semoga semuanya berjalan lancar...ada sapa boleh bagi informasi tentang GOLD COAST tak...

Tuesday, March 11, 2008

Filem Duyung


DUYUNG YANG DILAKONKAN OLEH MAYA KARIM

hari sabtu hari tu aku dan hubby keluar tengok wayang duyung dekat IOI mall puchong.Ramai juga la orang yang datang menonton filem duyung tu. Kali ni filem ni lain dari yang lain, maksud aku selain daripada pelakonnya yang berani berenang di laut yang cantik dan dalam tahniah pada maya karim yang berjaya melakukan tugas yang mencabar, yang paling aku suka lokasi lakonan tu yang cukup cantik dan indah. Pulau Semporna dan Sipadan Sabah memang menarik pada sapa-sapa yang belum tengok cerita duyung silakan la menonton filem ini, aku memang teruja dengan keindahan alam di pulau itu. Jalan cerita filem ni biasa sahaja tapi banyak moral yang kita boleh berolehi. Insyallah kalau ada rezeki teringin juga la nak ke pulau Sempornadan Sipadan sabah. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam filem duyung ini yang secara tak langsung boleh promote keindahan pulau-pulau di Malaysia.

Saturday, March 08, 2008

Selamat Mengundi Rakyat Malaysia


Kurang 24 jam lebih 10.9 juta pemilih berdaftar di seluruh negara akan mengundi di saluran masing-masing mulai jam 8 pagi hingga 5 petang. Termasuk la aku ni...
Ok untuk semua rakyat Malaysia sebelum pangkah tu pikir la parti yang mana yang perlu di pilih.

Wednesday, March 05, 2008

Luahan Perasaan Hari ini

Tak semestinya senyuman itu tanda suka dan tidak semestinya kemarahan itu tanda benci ........................