Friday, December 26, 2008

Tahun Baru Nak Datang Lagi...

29150.gif

Happy New Year |

Tahun baru nak datang lagi ada lagi perkara yang tak tertunai ni...

Thursday, December 25, 2008

Buat My Sayang


Saat ku pandang dirimu biarpun betapa indahnya dunia
Hanya memandang dirimu tanpa sedikitpun mataku berkedip
Lalu ada sesuatu yang menebal di dalam jiwa
Membuatkan aku berusaha menjaga hubungan yang sungguh bahagia ini...
Terima kasih sayang buat diriku bahagia...

Friday, December 19, 2008

Coretan

Kadangkala banyak sungguh rasa dan luahan yang ingin dituliskan dan hendak diluahkan.. malah banyak juga ingin dikongsikan..mulanya blog ini dihasilkan atas dasar mengisi masa lapang.. mencorat coret cerita suka duka..dan segalanya..Namun mengenali dunia blog ini.. sejak beberapa insiden.. aku mula mengerti dan berhati-hati dalam menutur kata bicara.. walaupun kadang kala aku terlepas juga luahan rasa..aku kadang seolah terlalu asyik meluahkan apa yang terbuku dihati.. dan semakin seronok menulis..Kadangkala aku terpaksa simpan sebahagian apa yang ada dihati ini..kerana aku tidak mahu segala yang aku luahkan disalah ertikan..dan juga begitu mudah untuk dijadikan bahan untuk menilai siapa aku dan peribadiku..Tapi yang pasti.. cara kita menulis dan luahkan apa yang dirasa..menunjukkan peribadi diri kita sebenarnya.. cara kita menulis ayat dan kata juga mempamerkan cara rasa jiwa seseorang itu..Biarlah yang rahsia itu aku simpan di sudut hati dan tatkala berbicara depan mata..Itu lebih baik..dan lebih telus luahan jiwanya..

Thursday, December 18, 2008

Rindu

Hari ini aku rindu.. secara tiba-tiba rasa itu datang lewat malam ini..Entahlah kenapa hatiku begitu rindu sekali..Pastinya ada sebab mengapa aku jadi rindu..Ingatanku sentiasa ada.. tak kira apa sekali keadaan kita...


Tuesday, December 09, 2008

Buku Baru..


"....Terimalah seseorang, seadanya.Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai...."
Ini adalah buku terbaru yang aku tengah baca baru separuh jalan..ok la buku ni biasa je..bagi aku perkahwinan lebih dari perkongsian..lebih dari perngobanan..bukan saja hanya malam pertama..tapi yang penting berkahwin la dengan orang kita cinta..kalau tak cinta semuanya tak kena..

Sunday, December 07, 2008

Selamat Hari Raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA..