Thursday, June 26, 2008

Kadang-Kadang

Kadang-kadang memaafkan seorang musuh lebih mudah dari memaafkan teman, keluarga, atau orang tersayang!!!!

Tuesday, June 24, 2008

Gold Coast Day 1

Gold Coast terletak di Wilayah Queensland iaitu bandar ke 6 terbesar di Australia, gold coast juga di kenali sebagai landasan emas kerana ia mampu menarik ramai pelancong datang ke Gold Coast. Seramai 3.3 juta pelancong akan datang ke sini untuk menikmati keindahan bandar dan pantainya yang tersegam indah setiap tahun. Gold Coast merupakan juga syurga bagi yang berminat pada sukan air. Ok pada pukul 7.30 pagi waktu Gold Coast aku tiba di lapangan terbang antarabangsa Gold Coast. Tepat pukul 8.30 pagi aku dibawa ke hotel yang telah aku tempah melalui internet. Hampir 45 minit dari airport ke hotel aku yang terletak di Surfer Paradise. Sampai di hotel pukul 9.30 pagi aku terus check in alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Sampai di bilik letak bag, aku basuh muka dan terus tidur kepenatan setelah hampir 8 jam didalam flight maklum la mana lena tidur dalam flight. Lebih kurang pukul 1.30 tengahari aku baru bangun. Lepas mandi aku dan hubby bersiap untuk memulakan aktiviti pertama.
Sebenarnya aktiviti yang pertama kami buat ialah mencari kedai makanan. Tak susah nak cari makanan halal dekat area hotel aku ni untuk lunch hari pertama aku hanya makan Kebab di kedai Pak Arab yang telah lama menjadi warga Australia. Harga kebab dan air coke untuk satu set hanya 11.00 dollar. Selepas makan aku dan hubby berjalan sekeliling Surfer Paradise. Selepas puas aku pusing-pusing aku jumpa kiosk yang memberi perkhidmatan pertanyaan tentang akitiviti di Gold Coast dan banyaklah info yang aku dapat dan map tempat yang patut aku lawati di Gold Coast.
Ok untuk hari pertama ni aku hanya membuat aktiviti yang ringkas-ringkas je maklum la dah petang kat sini pukul 5 lebih dah gelap dah so aku mulakan dengan menempah tiket menaiki Aquaduck. Aquaduck ialah sebuah bus yang berbentuk itik yang boleh dinaiki dijalan raya dan boleh dibawa kedalam air. Harga tiket Aquaduck ialah 32 dollar seorang. Selama 1 jam aku dibawa mengelilingi bandar gold coast dan melihat rumah - rumah orang kaya - kaya di gold coast. Memang seronok dapat melihat rumah - rumah orang kaya dan pemandangan yang cantik.
Selepas menaiki Aquaduck selama 1 jam aku pun jalan - jalan di persisiran pantai yang cantik dan biru, hari pun sudah gelap aku pun lepak- lepak dengan hubby di tepi pantai sambil melihat gelagat orang yang ada disitu kat sini ramai pelancong dari serata dunia so aku rasa tak janggal la lepak kat sini sebab mereka pon macam aku ambil masa berehat serta menjamu mata!! malam pula aku hanya jalan - jalan cari makan di sebuah kedai yang menjual makanan melayu di depan hotel aku dan seterusnya melihat keindahan malam di bandar gold coast...malam makin sejuk sehinggakan aku sendiri pon tak tahan sejuk...ok nanti aku sambung dengan hari kedua di gold coast.








* Ok pada sapa yang nak bercadang nak pergi gold coast aku boleh tolong sebab aku ada 3 set map dan info yang boleh membantu pada sapa - sapa yang nak ke sana, tapi sapa dulu dia dapat sebab ada 3 set je ni. Sapa - sapa yang berminat emailkan alamat aku akan poskan ok.

Wednesday, June 04, 2008

Jangan Berhenti.....

"I Don't Want Miss A Thing"
"by Aero Smith"
1st time i read the lyric, its really touch and deeply into my heart...
I don't wanna close my eyes
I don't wanna fall asleep
'Cause I'd miss you,
babe And I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you
The sweetest dream will never do
I'd still miss you, babe And I don't wanna miss a thing
Lying close to you
Feeling your heart beating
And I'm wondering what you're dreaming
Wondering if it's me you're seeing
Then I kiss your eyes and thank God we're together
And I just wanna stay with you
In this moment forever, forever and ever
Hayatilah setiap bait-bait2 lagu ini yang banyak bercerita tentang kebenaran dalam sesuatu perhubungan....

Walaupun sebesar zarah sekalipun, jangan ada menyimpan perasaan untuk berhenti berharap. Kesungguhan kita untuk terus mencari kebahagiaan dan cinta tak akan pudar selagi hayat. Hargailah setiap yang ada disekeliling kita...sayangi dan cintai mereka...Walaupun bukan mudah untuk kita harungi kehidupan ini seorang diri tapi dengan adanya seseorang yang sudi memimpin tangan kita, insyallah cahaya kehidupan kita akan terus bersinar indah untuk dikongsi bersama.