Monday, December 31, 2007

Selamat Tinggal Tahun 2007

Lagi beberapa jam lagi untuk meninggalkan tahun 2007 dengan pengalaman manis dan pahit yang akan ditinggalkan oleh aku.Satu lagi esok umur pun akan meningkat.Tahun 2007 ni banyak benda juga aku alami dan tempoh allahamdulilah dengan izin allah dapat juga aku tempohi.Moga allah berkati apa yang diberi olehnya.Dari segi rezeki teramat allahamdulilah makin meningkat.Apa yang ingin alah mana impian aku yang belum dicapai akan tercapai pada 2008 nanti insyallah.Kepada semua selamat tahun baru 2008.Malam ni aku dan hubby pergi penthouse cik nal buat BBQ untuk tengok bunga api KLCC dari atas penthouse cik nal.Mesti cantik pandangan dari atas.Insyallah nanti aku uplode kat picture malam new year nanti.
Happy New Year 2008

Sunday, December 30, 2007

Kemarau kasih

Sekarang ni pukul 2.40 pagi entah apa pasal la aku tak boleh tidur jadi aku pon buka la laptop aku sambil dengar radio sambil tengok email dan blog aku ni.Tiba - tiba aku terdengar la sebuah lagu yang telah lama aku tak dengar syahdu pula rasa dihati ni dengar lagu ni,teringat zaman sekolah la pulak yang lebih tepat masa zaman remaja.Yang lebih syahdu tu lagu ni pernah buat seseorang menanggis.Terus aku teringat kat dia aku rasa lama dah tak jumpa dia,dah lama tak dengar berita antara satu sama lain hampir bebelas tahun la juga.Entah apa lak rasa nyer rasanya kalau jumpa balik yea setelah lama tak jumpa.Ok berbalik pada lagu ni masa tu kumpulan spring tengah top salah satu lagu ialah kemarau kasih pada tahun 1994/95 kalau tak silap aku.Pasti aku tak lupa peristiwa itu tak payah la aku cerita pasal peristiwa tu ye cerita dah lama biar la jadi kenangan.Ye la kalau tak ada kenangan dalam kehidupan tak best la.Ok aku serta kan lirik lagu kemarau kasih kat bawah ni.


Spring Kemarau Kasih


Engkau yang tidak mengerti

Tak pernah cuba memahamiPerasaan hati ini

Yang sedang membakar diri

Bukan ku rayu simpati

Tapi sekadar membela Hak dan kemanusian

Agar aku tidak engkau persia-siakan

Jika kau merasa aku bersalah Maafkanlah diriku ( kumohon maaf dirimu)

Tapi jika engkau bersalah

Mengapa kau tak terima

Dimanakah keadilan dihatimu

Kemesraan yang pernah dijalinkan

Janganlah diretakkanKita sesama manusia

Punya hati dan perasaan

Janganlah kau perlakukan sesuka mu

Kuhulurkan tangan ku ini

Sebagai tanda perdamaian

Kuluaskan pintu hati ku tanda kasih Lembutkanlah hati mu sayang

Menerima kemesraan

Jangan dibiarkanKemarau kasih berpanjangan

Dan beri rindu kesenian di telaga asmara

Ku hulurkan... sebagai tanda perdamaian

Ku luaskan pintu hati ku tanda kasih

Lembutkanlah... menerima kemesraan

Jangan dibiarkan kemarau berpanjangan.


Buat insan - insan yang mengunjungi blog ini ingat la kasih sayang tak pernah kering atau kemarau....

Tuesday, December 25, 2007

Sydney

Sydney adalah ibu negara bagi negara Australia yang mesti dilawati. Antaranya Sydney Opera House, Sydney Harbour Bridge, Akuarium Sydney, Pantai Bondi, Masjid Gallipoli, The Rocks Market, Paddy’s Market, The Australia Reptile Park, Taman Marks dan pelbagai lagi. Sydney Opera House atau Rumah Opera Sydney mempunyai reka bentuk bangunan abad ke-20 yang unik dan terkenal. Rumah opera ini yang juga terletak berdekatan dengan Sydney Harbour Bridge di Darling Harbour menjadikan kedua-duanya sebagai mercu tanda untuk Australia. Rumah opera ini memiliki daya tarikan dengan reka bentuk bersumberkan cengkerang laut. Selain daripada objek pelancongan, rumah opera ini juga menjadi tempat untuk pelbagai pertunjukkan teater muzikal, opera, balet dan lain-lain seni teater. Reka bentuknya berdasarkan kerja Jorn Utzon, seorang arkitek dari Denmark pada 1957. Akuarium Sydney yang memelihara lebih 11,000 hidupan laut termasuk jerung dan anjing laut pastinya sesuai untuk kunjungan keluarga terutama kanak-kanak. Mereka pastinya seronok melihat kenakalan anjing laut ketika diberi makanan oleh pelatihnya. Kedudukannya hanya beberapa meter dari Sydney Opera House sekali gus memudahkan anda singgah sebentar di akuarium itu. Selepas seronok melihat pelbagai jenis ikan, mungkin anda boleh membawa keluarga bermandi manda di pantai Bondi. Selain pemandangan cantik dan pasir memutih, anda berpeluang bermain papan luncur air yang sungguh menyeronokkan. Mungkin selepas penat anda boleh berehat sebenar di restoran makanan laut di pantai berkenaan sebelum meneruskan perjalanan untuk membeli belah di The Rocks Market dan Paddy’s Market yang menyediakan pelbagai kraftangan dan pakaian dengan harga berpatutan untuk dijadikan buah tangan atau kenang-kenangan. Anda juga seharusnya tidak melepaskan peluang untuk ke The Australia Reptile Park. Di taman ini, anda boleh menyaksikan pelbagai jenis spesies buaya dari seluruh dunia yang ditempatkan di sini. Sebenarnya jika anda mengambil keputusan untuk melancong selama tiga hari dua malam di Sydney, tempoh itu tidak mencukupi bagi anda dan keluarga menikmati kelebihan dan keindahan kota metropolitan berkenaan.Bag aku dan hubby aku rasa cukup puas hati tak rugi kalau ada rezeki lebih lagi aku ingin pergi lagi.













Monday, December 24, 2007

MidValley Mega Mall

Hari sabtu yang lepas aku ke Midvalley bawa Danial dan Faris jalan - jalan, makan dan shopping sikit. Punya la gembira budak dua orang, penat pun ada tengok ragam budak-budak tu nakal sangat sukar nak kontrol dia orang lompat sana lompat sini. Ramai betul orang kat Midvalley hari tu ye lah last minit shopping untuk Chrismas la kata kan tambahan pula ada Sale!! huh apa lagi aku pon shopping juga, kan hari tu aku kata nak shopping... meriah betul hari tu. Sikit je boleh uplode gambar batteri camera habis pulak buat sepoi je. Mana yang sempat la aku uplode. aku plan nak bawa budak ni pergi Sunway lagoon pulak bulan 2 ni insyallah.




Wednesday, December 19, 2007

Selamat Hari Raya Aidiladha

Most commonly known in Malaysia as Hari Raya Korban or Hari Raya Haji, it is celebrated on the 10th of Zulhijah, which is the 12th month of the Muslim calendar. Aidiladha is celebrated by Muslims all across the world in relation to the end of the hajj pilgrimage period, in which Muslims embarks on their journey to the Holy Land of Mecca in Saudi Arabia to perform one of the five tenets of Islam that is done in a two week period. Thus the Hari Raya Haji or festival of the pilgrimage, takes its name from this particular event.
The Hari Raya Korban (the word "korban" which means sacrifice) is to commemorate the sacrifices made by the prophet Abraham who demonstrated immense faith when he was put to the test by God. During Aidiladha, the sacrifice of animals such as goats, lambs or cows is preformed, whereby the animals are slain in accordance with the proper religious rites in which one third of the meat is then given to the individual who willingly supplied the animal, while the rest is given to the poor and deserving friends or relatives.
The morning of the Aidiladha festival starts by the congregational prayers followed by the observance of the korban that is usually done in the compounds of the mosque itself. The rest of the day is either spent visiting friends and relatives, or entertaining guests at home, as is customary in this multicultural country.

Petikan:- VIRTUAL MALAYSIA The Official e-Tourism Portal for The Ministry of Tourism

SELAMAT HARI AIDILADHA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA.



Tuesday, December 18, 2007

Kaka Permain Terbaik Dunia

Tahniah Kaka kerana lagi sekali menang anugerah hari tu permain terbaik Euro kali ni permain terbaik dunia. Memang layak dia dapat anugerah tu, Aku setuju benarlah dia dapat best player.Undian yang dia dapat 1000 lebih diikuti Messi dan Cristiano Ronaldo.Pemain yang di lahir kan di Brasilia,Brazil lahir pada 22 april 1982 berusia 25 tahun.Nama sebenar dia Ricardo Izecson Dos Santos Leite, Bermain untuk AC Milan.Hemsem boy pulak tu.Tahniah lagi Kaka dan kepada peminat Kaka still the best. Ini petikan ucapan Kaka "It is a special evening for me. When I was young, I only dreamed of becoming a professional football player for Sao Paolo," said Kaka. "But sometimes God gives us much more than what we think or want.














Monday, December 17, 2007

Minggu-Minggu Yang Memenatkan

Huh dah lama aku tak update blog aku ni.aku memang sibuk sangat-sangat ada 2 perkara yang buat aku sibuk minggu ni pertama aku pindah rumah. Tahu la kalau dah pindah rumah banyak benda nak kena buat. Lagi-lagi nak packing barang-barang la nak beli apa yang patut la. Lepas packing barang nak kena kemas rumah pulak dan bersih kan apa yang patut. Rumah baru aku ni aku sewa dekat la dengan tempat kerja. Rumah yang aku suka ada 5 bilik puas la aku nak mengemas rumah,yang pasti aku suka luas dia 1200sqf. Ok yang kedua nya aku dah pindah tempat kerja baru kat Cyberjaya. Kerja aku yang baru ni sibuk la sikit selalunya tempat kerja lama aku pikul 5.00 pon aku dah sampai kat rumah la ni aku balik 11.00 malam, ha mana la aku tak sibuk. Rumah baru aku pun tak sempat nak kemas. Tapi 21hb disember ni sempena raya haji ni aku cuti dapat la bersama dengan keluarga. Dapat juga la aku rehatkan diri kat kampung lepas tu aku nak shopping sebelum mega sale habis!!.Lama la aku tak shopping tak sabar la rasa nya. Ok pada semua selamat bercuti..