Ini camera dan photo printer yang aku baru beli hari ini. Sebenarnya aku tidak lah berniat untuk membeli camera yang baru kerana camera sony aku masih boleh di gunakan lagi malah camera yang lama lebih bagus spec nya dari camera yang aku beli ni, cuma kelebihan dia adalah waterproof dan boleh digunakan untuk all weather memandangkan aku sering juga melakukan aktiviti snorkling jika ke pulau so sesuai lah aku bawa menyelam untuk snap gambar dalam air pula. Untuk photo printer aku beli senang untuk aku terus print dari camera atau memory card. Aku memang malas ke kedai untuk mencuci gambar yang banyak aku simpan dalam hardisk notebook, jadi itu adalah salah satu sebab aku ambil keputusan untuk membeli photo printer ini.
Sunday, March 30, 2008
Friday, March 28, 2008
MC

Hari ni aku MC pening kepala mungkin keletihan yang amat sangat agaknya, semalam aku, hubby dan geng bermain badminton sehingga 11.oo mlm dah la tu dalam dewan tu aircond tak kuat sangat. Ini kali pertama aku MC semenjak aku berpindah ke tempat kerja yang baru ni, setelah empat bulan la kalau dikirakan. Setelah berbagai ragam yang ditempohi selama empat bulan berkerja di tempat baru aku rasa banyak benda dan perkara perlu aku belajar dan perbaharui tak tau la boleh ke tidak, aku berharap sangat semuanya berjalan lancar semoga aku dapat mencari rezeki yang halal sperti yang dirancangkan amin...
Tuesday, March 25, 2008
Kawan Lama
hanya gambar hiasan

hanya gambar hiasan
Ok hari ini aku nak cerita tentang kisah hubungan 3 sahabat yang kekal hingga kini walaupun masing - masing sudah berkeluarga. Yang seorang berwajah kecinaan tapi berperwatakan lembut bersifat keibuan yang amat tinggi, baik lembut hati dan cukup amat mengalah di kalangan 3 orang sahabat, dia lah yang menjadi pelerai antara 3 sahabat ni. Yang seorang lagi baik juga penakut pon dia juga, bersifat keanakan manja la juga, pandai melukis, jiwang dan macam-macam lagi...seorang lagi aku la tapi aku tak boleh la komen diri aku biar la dia orang berdua yang komen tentang aku. Kami digelar 3M..iaitu Mazni, Maini dan Mazlinda...untuk mereka berdua terima kasih kerana sudi jadi kawan aku selama 13 tahun..kenangan dengan korang berdua tak boleh dilupakan...Thank you my friends...
" Friendship is a network that needs no recharge,
no roaming, no activation,
no signal problem,
just make sure you dont switch off your heart."

hanya gambar hiasan
Monday, March 17, 2008
Triffle
Ok ni Triffle yang pertama kali aku buat kemarin, dengan tekun aku belajar dari pada buku resepi. Boleh dikatakan senang la juga buat Triffle tapi mungkin ini pertama kali aku buat slow sikit la..apa-apa pon dapat pujian dari hubby dan family.
Friday, March 14, 2008
Ahkirnya....



Tuesday, March 11, 2008
Filem Duyung


hari sabtu hari tu aku dan hubby keluar tengok wayang duyung dekat IOI mall puchong.Ramai juga la orang yang datang menonton filem duyung tu. Kali ni filem ni lain dari yang lain, maksud aku selain daripada pelakonnya yang berani berenang di laut yang cantik dan dalam tahniah pada maya karim yang berjaya melakukan tugas yang mencabar, yang paling aku suka lokasi lakonan tu yang cukup cantik dan indah. Pulau Semporna dan Sipadan Sabah memang menarik pada sapa-sapa yang belum tengok cerita duyung silakan la menonton filem ini, aku memang teruja dengan keindahan alam di pulau itu. Jalan cerita filem ni biasa sahaja tapi banyak moral yang kita boleh berolehi. Insyallah kalau ada rezeki teringin juga la nak ke pulau Sempornadan Sipadan sabah. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam filem duyung ini yang secara tak langsung boleh promote keindahan pulau-pulau di Malaysia.
Saturday, March 08, 2008
Selamat Mengundi Rakyat Malaysia
Wednesday, March 05, 2008
Luahan Perasaan Hari ini
Tak semestinya senyuman itu tanda suka dan tidak semestinya kemarahan itu tanda benci ........................
Subscribe to:
Posts (Atom)