Trip ke Pulau Redang ni aku pergi pada bulan 8 ari tu.Kali ini aku pegi berempat aje aku, hubby, pak lah dan isteri dia. Bergerak dari KL pukul 11.30 malam pada mula aku ingat nak bertolak lewat lagi entah macam mana masing-masing pon exicited gila tu yang gerak awal. Tak apa la boleh la drive slow-slow biar lambat asal kan selamat. Allamdullah pada pukul 4.00 pagi sampai la di Kuala Trengganu setelah 5 jam lebih dari KL. Sampai kat Kuala Trengganu kita org breakfast dulu memandangkan masih awal lagi untuk naik ferry ke Pulau Redang. Yang paling penat dan letih nyer ferry ke Pulau dah berubah pada pukul 10.00 pagi sepatut nyer waktu bergerak pukul 7.00 pagi tak tahu la bila la bertukar waktu. Bukan jadual je berubah tambang pon dah naik sampai RM100 seorang.hampir pukul 1 tgh ari la kita org sampai ke pulau. Cuba bayangkan dari pukul 11.30 dari KL sampai ke pulau hampir pukul 1.00 tgh ari tak ke penat di buat nyer. Oops lupa lak kita org naik ferry di jeti ShahBandar, sapa -sapa nak pergi Pulau Redang kena pasti kan check dulu jeti yang mana dia kena naik ferry sebab ia bergantung pada hotel yang kita booking takut nanti jeti yang ni tak pergi pon hotel yang di booking. habis cerita pasal perjalanan , kita cerita pula pasal ketibaan kita org ye. Sampai kat hotel check in rehat jap lepas tu kita org round-round lak kawasan hotel. Lepak - lepak menikmati hembusan ombak dan angin di tepi pantai yang biru. Hotel ni yang kita org duduk ni banyak pelancong asing rasa bangga lak ramai betul pelancong. Malam lak kita org cuba cari package aktiviti laut untuk esok cari punya cari dapat la. Esok nya pula pagi - pagi lagi kita pon bergerak la untuk aktiviti snookling. Best betul tgk coral kat sini cantik, ikan pulak jinak-jinak pulak 2.Banyak tempat juga la kita org pegi memang puas hati. Brother yang bawa kita org pon memang org tempatan kat situ so dia tahu selok belok kat tempat 2. Satu aje yang aku terkilan x dapat tgk penyu sebab air keroh penyu menyorok. ok tgk la gambar kat bawah ni. Memang bangga jadi anak Malaysia yang masih lagi ada pantai dan pulau yang cantik.
No comments:
Post a Comment