Happy New Year |
Tahun baru nak datang lagi ada lagi perkara yang tak tertunai ni...
Friday, December 26, 2008
Thursday, December 25, 2008
Buat My Sayang
Friday, December 19, 2008
Coretan
Kadangkala banyak sungguh rasa dan luahan yang ingin dituliskan dan hendak diluahkan.. malah banyak juga ingin dikongsikan..mulanya blog ini dihasilkan atas dasar mengisi masa lapang.. mencorat coret cerita suka duka..dan segalanya..Namun mengenali dunia blog ini.. sejak beberapa insiden.. aku mula mengerti dan berhati-hati dalam menutur kata bicara.. walaupun kadang kala aku terlepas juga luahan rasa..aku kadang seolah terlalu asyik meluahkan apa yang terbuku dihati.. dan semakin seronok menulis..Kadangkala aku terpaksa simpan sebahagian apa yang ada dihati ini..kerana aku tidak mahu segala yang aku luahkan disalah ertikan..dan juga begitu mudah untuk dijadikan bahan untuk menilai siapa aku dan peribadiku..Tapi yang pasti.. cara kita menulis dan luahkan apa yang dirasa..menunjukkan peribadi diri kita sebenarnya.. cara kita menulis ayat dan kata juga mempamerkan cara rasa jiwa seseorang itu..Biarlah yang rahsia itu aku simpan di sudut hati dan tatkala berbicara depan mata..Itu lebih baik..dan lebih telus luahan jiwanya..
Thursday, December 18, 2008
Rindu
Hari ini aku rindu.. secara tiba-tiba rasa itu datang lewat malam ini..Entahlah kenapa hatiku begitu rindu sekali..Pastinya ada sebab mengapa aku jadi rindu..Ingatanku sentiasa ada.. tak kira apa sekali keadaan kita...
Tuesday, December 09, 2008
Buku Baru..
"....Terimalah seseorang, seadanya.Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai...."
Ini adalah buku terbaru yang aku tengah baca baru separuh jalan..ok la buku ni biasa je..bagi aku perkahwinan lebih dari perkongsian..lebih dari perngobanan..bukan saja hanya malam pertama..tapi yang penting berkahwin la dengan orang kita cinta..kalau tak cinta semuanya tak kena..
Sunday, December 07, 2008
Wednesday, November 12, 2008
Tuesday, November 11, 2008
Saya Setia Jika Awak Setia...
Assalamualaikum wbt..
Kamu bersedia tak jika yang kita sayang pergi meninggalkan kita? Atau, paling tidakpun, dia menunjukkan tanda-tanda hendak meninggalkan kita? Mesti sedihkan. Saya tak punya apa-apa yang lain. Hanya ada dia. Jadi, saya sayang apa yang saya ada dan saya mengharapkan kesetian daripada yang sayangi juga.Tapi, sejak kebelakangan ini, saya mendapat petunjuk bahawa diri saya sudah tidak diperlukan. Atau, adakah sebetulnya saya yang tidak menghargainya? saya mendapat petunjuk jelas. Hmm. .........................................................................., sebenarnya ada cerita yang sedih disebalik kata-kata ni...ada umur yang panjang akan aku cerita..cerita seorang teman lama tak jumpa tiba-tiba terjumpa disaat kejadian ni berlaku didepan mataku sendiri..
Monday, November 10, 2008
Thursday, November 06, 2008
Wednesday, November 05, 2008
Tuesday, November 04, 2008
Tak Tahu Nak Tulis Apa
Disaat ini aku tak tahu nak tulis apa-apa , tapi aku tetap nak tulis sesuatu. Sebab aku ingin kembali menulis. Pasal apa-apalah. Sebab dalam hati ni, semacam ada benda yang harus dilepaskan. Bukanlah aku tengah jiwa kacau ke, aku oke je. Cuma, itulah...tak tahu nak tulis apa-apa...mungkin tak boleh tidur kot...selamat tidur semua pada semua yang tengah tidur...nape la tak boleh tidur wahai mata ku ni...
Tuesday, October 28, 2008
Nape Jadi Macam Ni
Thursday, October 23, 2008
Monday, October 13, 2008
Souvenir Dari Hongkong Disneyland
Ha ni la souvenir dari Hongkong Disneyland untuk diri sendiri...cute tak...harga dia HKG 85 so duit kita RM 39 la lebih kurang..mickey & minie mouse tengah berpelukan..menyatakan hasrat cinta dia yang begitu indah sekali...kat atas dia aku selitkan room card hotel yang aku stay kat Hongkong...sebagai kenangan yang indah di Hongkong..
Bila Nak Saksi...
Hari ini baru sampai malaysia pukul 1.30 tengahari tadi..setelah 5 hari bercuti..nanti bila ada masa yang lain aku akan uplode gambar-gambar dekat Hongkong...sekarang ni ada masalah nak tidur sebab lepas sampai rumah terus tidur tu yang sekarang ni tak mengantuk..lepak-lepak tengok blog sambil dengar radio tiba-tiba radio tu memutarkan lagu bila nak saksi ..sayu je hati..sedih sapa-sapa yang cinta dia tak kesampaian lagi, bila dengar lagu ni..memang sedih kalau orang yang kita cinta tak tahu betapa cintanya kita pada dia...Buatku terasa sepi...Buatku terasa sedih kala ku bukakan mata...buat seseorang lagu ni untuk mu...hayati dan fahami lirik ni khas buat mu..404
BILA NAK SAKSI
Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun ku punya
Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka
Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap
Bila nak saksiKau datang terkulai
Bila nak saksiKau datang terkulai
Bila nak saksiKau datang membelai
Bila nak saksiCintaku sampai
Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Kau dapat bersama
Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam
Wednesday, October 08, 2008
Tuesday, September 30, 2008
Wednesday, September 24, 2008
Perasaan!!!
Tuesday, September 02, 2008
Monday, August 18, 2008
Friday, August 08, 2008
Wednesday, August 06, 2008
Bandung Trip
Tepat pukul 12.30 waktu Bandung aku dan kawan-kawan sampai ke Bandung...Cuaca di Bandung 25c agak dingin jika di bandingkan di Kuala Lumpur...setelah melepasi pemeriksaan kastam kami terus mengambil teksi ke hotel yang kami tempah berhampiran Jalan Cihampelas Bandung..hanya mengambil masa 10minit kalau tak jem..sampai di hotel check in rehat sekejap kami terus ke pasar baru untuk aktiviti pertama kami...dekat pasar baru banyak menjual kain-kain pasang, tudung, telekung dan banyak lagi hasil tangan penduduk Bandung...hampir 5 jam bershopping di pasar baru kami ke Valley untuk makan malam di sana kita boleh melihat permandangan bandung dari jauh..
Hari kedua kami ke Tangkuban Perahu untuk melihat permandangan yang cantik dan gunung berapi..tengahari kami kami membuat aktiviti yang ditunggu oleh semua orang iaitu bershopping ke gedung-gedung Factory Outlet...penat sangat dan rambang mata...malam ke Jean Street dan Chiwalk untuk sambung aktiviti shopping di Bandung...masa sangat terhad jadi
kami gunakan masa yang ada sebab esok dah nak balik so kami ambil kesempatan untuk membeli barang-barang yang masih tak cukup untuk dibawa ke Malaysia...Esok Balikkkkk....
kami gunakan masa yang ada sebab esok dah nak balik so kami ambil kesempatan untuk membeli barang-barang yang masih tak cukup untuk dibawa ke Malaysia...Esok Balikkkkk....
Friday, August 01, 2008
Monday, July 28, 2008
Gold Coast Day 2
Sorry kawan-kawan lama dah aku tak uplode pasal percutian aku ke Gold Coast...Ok uplode dulu la pictures aku kat Gold Coast untuk hari kedua..ceritanya kemudian..hari kedua aku pergi ke theme park Dreamworld..
Friday, July 25, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)