Friday, December 19, 2008

Coretan

Kadangkala banyak sungguh rasa dan luahan yang ingin dituliskan dan hendak diluahkan.. malah banyak juga ingin dikongsikan..mulanya blog ini dihasilkan atas dasar mengisi masa lapang.. mencorat coret cerita suka duka..dan segalanya..Namun mengenali dunia blog ini.. sejak beberapa insiden.. aku mula mengerti dan berhati-hati dalam menutur kata bicara.. walaupun kadang kala aku terlepas juga luahan rasa..aku kadang seolah terlalu asyik meluahkan apa yang terbuku dihati.. dan semakin seronok menulis..Kadangkala aku terpaksa simpan sebahagian apa yang ada dihati ini..kerana aku tidak mahu segala yang aku luahkan disalah ertikan..dan juga begitu mudah untuk dijadikan bahan untuk menilai siapa aku dan peribadiku..Tapi yang pasti.. cara kita menulis dan luahkan apa yang dirasa..menunjukkan peribadi diri kita sebenarnya.. cara kita menulis ayat dan kata juga mempamerkan cara rasa jiwa seseorang itu..Biarlah yang rahsia itu aku simpan di sudut hati dan tatkala berbicara depan mata..Itu lebih baik..dan lebih telus luahan jiwanya..

1 comment:

kiki said...

dear F.R.I.E.N.D.S,
jangan sampai kita mati kerana kata2 dan pandangan org...