Sunday, January 06, 2008

The Curve Dan Red Box Karaoke

Malam hari jumaat selepas kerja aku pergi the curve dengan hubby, pak lah, ju, shamsul dan kawan -kawan yang lain.Tujuan utama pergi the curves ialah untuk berkaraoke yang ditaja oleh seorang kawan. Mula-mula aku tak nak pergi mengenangkan dari cyberjaya nak ke damansara tu hus jauh sungguh tambahan pula hujan lebat pula di sekitar kawasan klang valley ni mesti jem punya. Setelah berfikir panjang aku pun bersetuju pergi mengenangkan free pun satu hal satu lagi nak jumpa ju sebelum berangkat ke jepun selama sebulan. Akhirnya aku sampai juga pukul 8.00 malam ye dengan jem nye redah la juga. Selama 2 jam la aku sempat habis kan masa berkaraoke aku tak menyanyi letih agaknya dengar la diaorang menyanyi. selepas berkaraoke sempat la jalan - jalan sekitar the curve tu dapat la melihat serpihan pokok - pokok krismas yang dihiasi salji.lepas tu terus aku balik sebab aku letih sangat.








No comments: