


Bagi aku tindakan megelaskan orang dengan sesuatu alasan tanpa usul periksa dan menilai dengan pandangan yang tidak logik adalah salah. Kita boleh membuat penapisan tetapi bukan lah berbentuk zahiriah. Bagi aku luaran tidaklah menampakkan warna sebenar sesorang itu, kalau cara ini yang kita amalkan akan terjadi lah jurang yang dipanggil darjat atau kasta. Bagi mereka yang tergolong di golongan bawahan akan merasa diketepikan dan tidak membawa kepentingan dalam komuniti. Golongan bawahan akan membawa diri dan terus dengan cara mereka yang sentiasa tidak puas hati dengan golongan atasan. Pada golongan atasan perlu sesekali meletakkan diri mereka digolongan bawahan, jangan terus menghakimi orang lain kerana perbezaan yang ada.
Manusia adalah sama disisi allah hanya dia saja yang layak menghakimi kita semua.
No comments:
Post a Comment