Tuesday, June 24, 2008

Gold Coast Day 1

Gold Coast terletak di Wilayah Queensland iaitu bandar ke 6 terbesar di Australia, gold coast juga di kenali sebagai landasan emas kerana ia mampu menarik ramai pelancong datang ke Gold Coast. Seramai 3.3 juta pelancong akan datang ke sini untuk menikmati keindahan bandar dan pantainya yang tersegam indah setiap tahun. Gold Coast merupakan juga syurga bagi yang berminat pada sukan air. Ok pada pukul 7.30 pagi waktu Gold Coast aku tiba di lapangan terbang antarabangsa Gold Coast. Tepat pukul 8.30 pagi aku dibawa ke hotel yang telah aku tempah melalui internet. Hampir 45 minit dari airport ke hotel aku yang terletak di Surfer Paradise. Sampai di hotel pukul 9.30 pagi aku terus check in alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Sampai di bilik letak bag, aku basuh muka dan terus tidur kepenatan setelah hampir 8 jam didalam flight maklum la mana lena tidur dalam flight. Lebih kurang pukul 1.30 tengahari aku baru bangun. Lepas mandi aku dan hubby bersiap untuk memulakan aktiviti pertama.
Sebenarnya aktiviti yang pertama kami buat ialah mencari kedai makanan. Tak susah nak cari makanan halal dekat area hotel aku ni untuk lunch hari pertama aku hanya makan Kebab di kedai Pak Arab yang telah lama menjadi warga Australia. Harga kebab dan air coke untuk satu set hanya 11.00 dollar. Selepas makan aku dan hubby berjalan sekeliling Surfer Paradise. Selepas puas aku pusing-pusing aku jumpa kiosk yang memberi perkhidmatan pertanyaan tentang akitiviti di Gold Coast dan banyaklah info yang aku dapat dan map tempat yang patut aku lawati di Gold Coast.
Ok untuk hari pertama ni aku hanya membuat aktiviti yang ringkas-ringkas je maklum la dah petang kat sini pukul 5 lebih dah gelap dah so aku mulakan dengan menempah tiket menaiki Aquaduck. Aquaduck ialah sebuah bus yang berbentuk itik yang boleh dinaiki dijalan raya dan boleh dibawa kedalam air. Harga tiket Aquaduck ialah 32 dollar seorang. Selama 1 jam aku dibawa mengelilingi bandar gold coast dan melihat rumah - rumah orang kaya - kaya di gold coast. Memang seronok dapat melihat rumah - rumah orang kaya dan pemandangan yang cantik.
Selepas menaiki Aquaduck selama 1 jam aku pun jalan - jalan di persisiran pantai yang cantik dan biru, hari pun sudah gelap aku pun lepak- lepak dengan hubby di tepi pantai sambil melihat gelagat orang yang ada disitu kat sini ramai pelancong dari serata dunia so aku rasa tak janggal la lepak kat sini sebab mereka pon macam aku ambil masa berehat serta menjamu mata!! malam pula aku hanya jalan - jalan cari makan di sebuah kedai yang menjual makanan melayu di depan hotel aku dan seterusnya melihat keindahan malam di bandar gold coast...malam makin sejuk sehinggakan aku sendiri pon tak tahan sejuk...ok nanti aku sambung dengan hari kedua di gold coast.








* Ok pada sapa yang nak bercadang nak pergi gold coast aku boleh tolong sebab aku ada 3 set map dan info yang boleh membantu pada sapa - sapa yang nak ke sana, tapi sapa dulu dia dapat sebab ada 3 set je ni. Sapa - sapa yang berminat emailkan alamat aku akan poskan ok.

1 comment:

farahajar said...

hye..I b'minat nx yer I'll b there insyaAllah...
emailkan kt saya
yaya_farahajar@yahoo.com.my