Sunday, January 13, 2008

Kenangan Di Paris




Kenangan di Paris 4 tahun lepas mengamit lagi.Aku kesana 2 hari sebelum berangkat ke Lucerne Switzerland.Aku sampai pagi di airport terus ke Eiffel Tower yang menjadi kebangaan rakyat Perancis.Orang ramai kat Eiffel Tower sementara menuggu ambil tiket yang kena beratur panjang aku pon bergambar la di taman sekitarnya.Banyak la kutu - kutu yang menawarkan cenderhati yang murah berbanding yang dijual dekat tingkat atas.Memang murah sangat-sangat berbanding dekat atas boleh borong banyak la.Ok setelah dapat tiket aku pon naik lif sambil menikmat pandangan dari atas tingkat 2 tinggi juga.Memang cantik tengok kota Paris dari atas kalau malam mesti dipenuhi dengan lampu-lampu.Sambil jalan - jalan diatas aku pon kalut la bergambar sampai tak sedar hampir 2 jam dekat atas.Lepas puas aku bergambar aku pon turun untuk ke aktiviti cruise mengelilingi kota Paris.Banyak bangunan yang cantik yang penuh sejarah,termasuk la Opera house, Arch de Triomphe, Notre Dane Catheral, Place de la Concerde dan banyak lagi.Selepas menaiki cruise aku pon ke bandar untuk tujuan santai, jalan - jalan cari makan la pula, aku makan Mc Donald je yang lain takut tak halal.Sambil jalan - jalan aku pon terus mencari Hard Rock Cafe itu adalah salah satu tempat utama yang aku nak pergi, cari punya cari aku pon jumpa apalagi aku pon terus beli beberapa helai t-shirt untuk dibuat kenangan yang masih ada sampai sekarang.Bersambung cerita di Lucerne Switzerland....





















No comments: