Thursday, January 17, 2008

Lucerne & Mount Titlis Switzerland




Selepas menaiki bas selama 3 lebih aku sampai la ke Lucerne & Mount Titlis, Lucerne adalah salah satu bandar yang menarik dan unik selain pemandangan yang cukup cantik. Dalam perjalanan ke bandar Lucerne anda akan melihat permandangan rumah kampung yang sangat cantik. Aku kesana selama 1 hari.Di bandar Lucerne aku dan hubby bergambar dan sambil itu dapat megunjungi Wooden Bridge dan Lion Monument yang merupakan lambang keagungan tentara Swiss.Tempatnya tidak la padat sangat memang sesuai untuk bercuti tak kira pelawat asing tapi ia juga terkenal pada peduduk tempatan juga. Mt.Titlis (10000 ft) terletak di desa Engelberg, dengan menggunakan kereta gantung berputar pertama di dunia. Aku dan hubby sudah pastinya tak sabar untuk memegang salji untuk kali pertama. Aku dan hubby berkesempatan bermain salji dan makan tengahari di puncak Mt.Titlis. Di puncak Mt. Titlis kita boleh membeli jam buatan Swiss yang sangat terkenal atau cenderamata buat kenangan.Aku dan hubby beli juga la sepasang seorang jam tangan swacth untuk dibuat kenangan. Sambungan nanti kita ke Black Forest dan Rhineland pula..




No comments: