Tuesday, March 11, 2008

Filem Duyung


DUYUNG YANG DILAKONKAN OLEH MAYA KARIM

hari sabtu hari tu aku dan hubby keluar tengok wayang duyung dekat IOI mall puchong.Ramai juga la orang yang datang menonton filem duyung tu. Kali ni filem ni lain dari yang lain, maksud aku selain daripada pelakonnya yang berani berenang di laut yang cantik dan dalam tahniah pada maya karim yang berjaya melakukan tugas yang mencabar, yang paling aku suka lokasi lakonan tu yang cukup cantik dan indah. Pulau Semporna dan Sipadan Sabah memang menarik pada sapa-sapa yang belum tengok cerita duyung silakan la menonton filem ini, aku memang teruja dengan keindahan alam di pulau itu. Jalan cerita filem ni biasa sahaja tapi banyak moral yang kita boleh berolehi. Insyallah kalau ada rezeki teringin juga la nak ke pulau Sempornadan Sipadan sabah. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam filem duyung ini yang secara tak langsung boleh promote keindahan pulau-pulau di Malaysia.

No comments: