Tuesday, December 25, 2007

Sydney

Sydney adalah ibu negara bagi negara Australia yang mesti dilawati. Antaranya Sydney Opera House, Sydney Harbour Bridge, Akuarium Sydney, Pantai Bondi, Masjid Gallipoli, The Rocks Market, Paddy’s Market, The Australia Reptile Park, Taman Marks dan pelbagai lagi. Sydney Opera House atau Rumah Opera Sydney mempunyai reka bentuk bangunan abad ke-20 yang unik dan terkenal. Rumah opera ini yang juga terletak berdekatan dengan Sydney Harbour Bridge di Darling Harbour menjadikan kedua-duanya sebagai mercu tanda untuk Australia. Rumah opera ini memiliki daya tarikan dengan reka bentuk bersumberkan cengkerang laut. Selain daripada objek pelancongan, rumah opera ini juga menjadi tempat untuk pelbagai pertunjukkan teater muzikal, opera, balet dan lain-lain seni teater. Reka bentuknya berdasarkan kerja Jorn Utzon, seorang arkitek dari Denmark pada 1957. Akuarium Sydney yang memelihara lebih 11,000 hidupan laut termasuk jerung dan anjing laut pastinya sesuai untuk kunjungan keluarga terutama kanak-kanak. Mereka pastinya seronok melihat kenakalan anjing laut ketika diberi makanan oleh pelatihnya. Kedudukannya hanya beberapa meter dari Sydney Opera House sekali gus memudahkan anda singgah sebentar di akuarium itu. Selepas seronok melihat pelbagai jenis ikan, mungkin anda boleh membawa keluarga bermandi manda di pantai Bondi. Selain pemandangan cantik dan pasir memutih, anda berpeluang bermain papan luncur air yang sungguh menyeronokkan. Mungkin selepas penat anda boleh berehat sebenar di restoran makanan laut di pantai berkenaan sebelum meneruskan perjalanan untuk membeli belah di The Rocks Market dan Paddy’s Market yang menyediakan pelbagai kraftangan dan pakaian dengan harga berpatutan untuk dijadikan buah tangan atau kenang-kenangan. Anda juga seharusnya tidak melepaskan peluang untuk ke The Australia Reptile Park. Di taman ini, anda boleh menyaksikan pelbagai jenis spesies buaya dari seluruh dunia yang ditempatkan di sini. Sebenarnya jika anda mengambil keputusan untuk melancong selama tiga hari dua malam di Sydney, tempoh itu tidak mencukupi bagi anda dan keluarga menikmati kelebihan dan keindahan kota metropolitan berkenaan.Bag aku dan hubby aku rasa cukup puas hati tak rugi kalau ada rezeki lebih lagi aku ingin pergi lagi.













No comments: